Syanissa


Home About Life Travel Review Contest
The Queen


Hey 'ssup ! Me , Syanissa . This is a random blog . All the writtings you read here basically are spontanous . So please no hating , no harsh words . Thanks for your consideration ?

Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself - George Bernard Shaw -

Follow Me

 Add Me  Follow Me  Follow Me


Bloggers


Tagbord

Leave your footprints.
Follow mine. Will do the same.
Harsh words unneeded.


Archives


Recent Pics

Disclaimer

COPYRIGHT © 2017 . ALL RIGHT RESERVED ®


Giveaway #1 New Year 2018 by cikyan


Review : Em so far bagi saya okay je blog Cikyan ni. Loading pun cepat. Simple, ok lah tak banyak widget yang serabuts tu. Cuma kan cikyan, lagi chantekk kalau cikyan letakkan chatbox ke apa ke ? Senang nak tinggal jejak (eh padahal diri sendiri pun takde cbox) :') hahaha Rasanya yang lain ok dah kot? Cun dah blog Cikyan ni. Good good.

Azam 2018 : Semoga tahun 2018 yang akan datang ni akan menjadi tahun yang lebih baik, lebih wow, lebih keseronokan dari tahun sebelumnya. Dan saya doakan semoga semuanya akan menjalani hidup dengan tenang dan bahagia di sisi keluarga. 



Giveaway Happy New Year 2018


Due : December 31st 2018

2017. Dah nak sampai ke penghujungnya dah pun. Lagi 3 hari je lagi nak mula tahun baru 2018. Hahaha sekejap je sekarang ni. Rasa macam baru je ambik SPM tahun lepas. Rasa macam baru je masuk dunia ipta. Macam baru je jadi freshies pergi MSK yang mengantuk ya amat tu.

Se-cliche-nya, tahun 2017 ni banyak mengajar aku jadi manusia yang lebih matang. Cewah. Azam tahun 2017 dah tercapai ke belum ? Hm sejujurnya aku cakap, setiap tahun memang aku tak pernah tanam azam pun. Aku jenis yang "follow the flow of the fate". Azam aku pun biasanya memang tetiba je ada. Contohnya sekarang tetiba je berazam nak menabung sebab nak beli Note 8. (Doakan saya cukup duit ya?)

Aku rasa banyak event penting yang terjadi sepanjang 2017 ni. Antaranya 16 Mac 2017 - tarikh ambil result SPM. MasyaAllah perasaan masa tu. Mandi tak basah, makan tak kenyang orang kata. Pukul 10 pagi sharp aku dah sms MOE nak tahu result macam mana. Tak menyempat weh pergi sekolah. Dan Alhamdulillah result mencapai target. Dan dengan result tu jugak aku berpeluang sambung pelajaran ke Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor dengan course Dip. Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Memang course yang aku nak apply pun sebab dekat PSA ni sahaja yang ada provide course ni dalam bebanyak Uni/poli yang listed dalam sistem UPU tu. So rasa macam wow giteww bila jadi student PSA. Hahahaha.

And then 5 Jun 2017 - Tarikh masuk poli ni. Mak aihhh seram amat kauuu. Rasa macam dah tua dah ni sebab dah habis sekolah dah masuk Uni dah jadi student Pitypityend. No more under FAM (father & mother) scholarship. So far okay lah study dekat sini. Lecturer semua sporting habis. Memang macam kengkawan je ha. Takde lagi la kena dengan lecturer garang. Cuma sedih sikit lah dengan persepsi komuniti yang pandang rendah dekat poli. Bila orang tanya kita study mana, kita jawab poli, mesti dia kata "oh poli je? Result bagus kenapa tak apply uni? Kenapa tak pergi matriks je?" First of all ya makcik onion, poli bukan taraf ayam ayam ya. Sama bagus je dengan uni makcik tu. Takde istilah taraf rendah , taraf tinggi. Sama je. Yang membezakan, macam mana seseorang tu bawa diri. Kalau pergi UM sekalipun kalau pemalas hampeh tak guna jugak. Kan kan?

Last but not least, 21 Nov 2017. Tarikh ni baru je lagi. Tarikh result final exam sem 1 keluar. Alhamdulillah CGPA aku paling tinggi dalam kelas HAHAHA bahagia ya tuhannnn. Tapi tak best kena pindah kelas sobsobs. Dari B ke C. Ha lagilah makcik onion ni mengata. Padahal dia buat rombakan ikut no matrik. Sebelum ni campur je. Sorang no 1121 sorang ni 1001. Tapi kali ni dia susun balik. Jadi no kita yang kebelakang ni terpaksa la pergi ke kelas DEU2C dengan tak redhanya. 

Semoga tahun 2018 yang akan datang ni akan menjadi tahun yang lebih baik, lebih wow, lebih keseronokan dari tahun sebelumnya. Dan saya doakan semoga semuanya akan menjalani hidup dengan tenang dan bahagia di sisi keluarga. 

Related image



GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ


Due : January 31st 2018



Year End Giveaway By Husnieyhusain


Due : January 5th , 2018



CONTEST EMAS PUTIH X PH : CONTEST COPY PASTE RM50 X 44 PEMENANG !


Due : December 31st 2017

















Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy





GIVEAWAY: MY FIRST GIVEAWAY AND PYKA B'DAY GIVEAWAY


Due : January 14th 2017

Poppp ! SYFQH.DESIGN terpapar di skrin dengan pantasnya. Hahaha dramatis kan ayat ? My first impression ? LAWANYA BLOG DIAAAAAAAAAAAAA ! Serious lawa. Tak tipu. That colour theme ! Em what is it , rose pink + white ? + background bunga bunga kat belakang . Tak jemu oh tengok ! Hahahahahaha

Itu belum masuk lagi gambar Itachi kat sidebar. Itachi je ke ? Sasuke takde ? >.< First time tau saya jumpa orang letak gambar Itachi dekat blog diorang. Not only that , your blog reallyyyyyyy kemas. Dia punya susunan tu tak terabur , kemas sangat. Follow button tu pun kat tempat yang senang cari senang nampak. :)

Penambahbaikan eh ? Hmmmm rasanya macam takde. For me , yours already good to go. Keep the simpilicity ok ? xoxo 



Jim's Birthday Giveaway

  

Due : January 18th 2017



TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!


Due : December 31st 2017 



Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017

Giveaway, Giveaway Qiya Saad, GA, contest, peraduan,

Due : December 31st 2017